Wednesday, October 8, 2014

AWAK !

Awak ? Mengapa awak terus diam menyepi ? Mengapa awak mengelakkan diri dari saya ? Jika saya berbuat salah pada awak tolong perbetulkan tolong nasihat. Walau macam manapun keadaan awak saya tetap inginkan awak. saya sayang awak sangat2 dan saya taknak awak menjadikan itu sebagai alasan. Saya ingin rasa bahagia seperti orang lain. Walaupun kita jauh tapi bagi saya dapat bergayut n tahu khabar awakpun dah cukup bererti bagi saya. Saya taknak awak terus mendiamkan diri sehinggakan awak taknak tye khabar saya langsung. Saya memang sgt sedih bila saya sakit bila susah bila saya perlukan tempat tuk mengadu awak tidak ada disisi saya. Saya sedar diri saya, Saya selalu memujuk hati saya supaya bersabar. Awak mungkin rasa saya tak memahami awak tapi Apakah awak tau keadaan saya ? Apakah awak tau saya selalu cuba tuk memahami awak sehinggakan kadang2 saya mengabaikan diri sendiri. Saya tahu awak mungkin rasa menderita tetapi mungkin awak tidak tahu saya lebih menderita. Awak tahu ? Awak lah yang mengajar saya erti sabar , erti bersangka baik, erti setia, erti tabah, dan mana satu yang betul atau salah Tapi mengapa awak tidak juga demikian berbuat begitu ? :') Mengapakah awak suruh saya mencari perempuan lain? Sedangkan dulu awak suruh saya supaya tidak tinggalkan awak tapi mengapa pula manakini awak pula yang seperti ingin tinggalkan saya ? Iye .. mungkin awak rasa awak tidak cukup sempurna tuk saya tapi bagi saya awak dah cukup sempurna bagi saya kerna mengapakah kite perlu melihat kesempurnaan diatas di dunia ini sedangkan dunia ini hanyalah sementara .. Awak .. Tiada manusiapun yang sempurna diatas dunia ni dan saya ingin bagitahu awak yang saya menyayangi awak adalah setulus ikhlas dihati saya. Mencari kesempurnaan ini bagi saya tidak perlu kerna Itu tidak akan menjamin kebahagian kerna kebahagian akan datang dari tulus hati yang ikhlas :) Setiap hari saya asyik terpikirkan awak Dan hampir setiap saat saya membayangi awak. Saya betul2 ingin bersama awak dan saya harap hubungan kita ini akan kekal sehingga ke jannah .. Semoga Allah Memberkati dan menjodohkan kita .. Amin !
Ikhlas Dari Hati Saya Muhammad Ariffuddin Untukmu Nurul Aiesyah

Tuesday, July 29, 2014

Muncul Dan Hilang

Semasa Didalam Kesepian Engkau Datang Memberi sinaran , Segala Kesepian Bertukar Menjadi Mimpi Indah , Tetapi Bila Engkau Menghilang Hati Pula Tercari-cari , Didalam Keresahan Engkau Muncul Dengan Tiba-tiba , Dalam Engkau Muncul Engkau Lesap Pula Bagai Angin , Walaupun Hanya Sekejap Ia Bermakna Buatku , Selama Manapun Dirimu Pergi Diri Ini Tetap Akan Menunggu , Sebab Sayang Bukan Kita Yang Minta Tetapi Ia Datang Sendiri Dari Hati Yang Ikhlas , Kerna Itu Menghargailah Sebelum Ia Pergi , Nanti Hati Menyesal Tak Guna ....

Hanya Kamu Ada Di Hatiku